! Supporting Crews !

Thursday, 23 February 2012

Lotsa thanks !

Assalamualaikum , Selamat Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Hi readers ! Disini FCE hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang sudi follow blog kami yang masih hijau ni.
Terima kasih juga diatas sokongan anda terhadap final project kami.
Bila ramai followers , baru ceria sikit blog kami ni. hehehe. (ramai ke?? haha)

Okey laa , meh sini FCE nak tunjuk sikit promosi-promosi yang FCE tawarkan kepada anda semua.



Ni Membership Card bagi Conferences Room :)

Ini pula coupon bagi setiap pembelian produk kami. :D
Ini Membership Card untuk produk & servis kami. Boleh dapat diskaun tau  ! xD

p/s : thanks to all your supports ! kami sangat menghargainya. :D   
JIKA SUDI, TINGGALKAN SEBARANG KOMEN MEMBINA! :)

Tuesday, 21 February 2012

New Born :D

Assalamualaikum , Selamat Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Fans's Crew Enterprise (F.C Ent) merupakan sejenis perniagaan perkongsian yang terdiri daripada lima (5) orang ahli.  Pengasasnya adalah Cik Siti Faizah bt. Zainal.  Ahli-ahli yang lain adalah Cik Soo Hui Ying , Cik Nichole Lau , Cik Nur Shazwani bt Mohd Sabri dan akhir sekali Cik Noor Ain bt Arif.

Tercetusnya idea bagi nama perkongsian kami ini adalah dari dominasi nama-nama ahli sendiri iaitu Faizah , Ain , Nichole , Shazwani & Soo. Crew pula melambangkan kami sebagai satu pasukan yang sentiasa bekerjasama dalam segala hal.

F.C Ent ditubuhkan pada awal tahun 2012 iaitu pada tanggal 12 Januari 2012.  Walaupun baru hanya sebulan lebih perniagaan ini beroperasi tetapi kami akan cuba semaksima mungkin untuk menjayakan perniagaan kami ini.

F.C Ent menjalankan perniagaan jenis restoran / cafe dimana kami menjual produk minuman milkshake. Produk kami dinamakan ChocoBerry with Banana Milkshake.  Kami cuba membuat pembaharuan resepi dimana kami menggabungkan  pisang dengan perisa chocolate atau pisang dengan perisa strawberry untuk menjadi milkshake yang sangat lazat.  
JIKA SUDI, TINGGALKAN SEBARANG KOMEN MEMBINA! :)

SEGALA MAKLUMAT DIDALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA FANS'S CREW